Tuesday, October 20, 2009

aku balik rumah pada jam 2pagi..
barang-barang aku untuk pulang ke ibu kota sudah siap disimpan rapi..
aku terus mandi.. tiba-tiba aku terlihat mak aku terlentang di atas permaidani hijau..
perasaan ku cemas.. ku dakap mak aku... terus dia berkata 'sakit perut'..
aku cuba mengurangkan kesakitan nya dengan pujukan ku..
mak aku muntah dan serta merta aku menadah sisa-sisa itu ke 'dalam' 2 telapak tanganku..
hatiku bimbang tidak menentu..ini pertama kali aku melihat keadaannya yang agak teruk..
sebelum ini mak aku sihat dan ceria...hari ini adalah cukup biasa baginya..
bangun pagi dan berleter kepada aku kerana habuk roko bersepah didalam kamar tidurku..

terus aku menyahut nama ayahku.. badan mak terus menjadi pucat layu.. kurasa nadinya semakin lemah..peluhnya menjadi sejuk.. selepas beberapa kali muntah, aku mengangkatnya kedalam kereta ayahku... terus aku menuju ke hospital KTS.. ku lihat penjaga hospital enak tidur di pondok.. ku terus masuk kedalam dan meminta pertolongan.. aku mengangkat mak aku ke bilik kecemasan.. ku agak risau.. ku dapat melihat raut wajah ayahku yang bimbang.. setelah beberapa minit doktor disitu mengatakan keadaan mak aku sudah stabil.. syukur.. aku kembali menarik nafas lega.. hmmmm MOK ame sayangkan mak... moga mak cepat sembuh.. ame rindukan leteran mak.. amiin

Monday, October 19, 2009

SEnYap sUnyi Sepi
sedar akAn Apa Yang tErjadI
wAlau Ku meNyendiri

terIma kAsih unTUk itU
perCakapAn mu MembuATkan Aku seDar
PerBualan Di sebAlik kebinGitan sTeReo
tApi Cukup Untuk Ku seDar kemBali

Sunday, October 18, 2009

penat...sangat letih aku..
masih mencari cari?
hmmm dimanakah aku?
sehingga kini?

bangun pukul 4.. main dengan kucing aku chynta sampai pukul 7..
dengan yoh.. roti telor dengan mee tak sedap pukul 550 pagi..

Saturday, October 17, 2009

kosong sentiasa kosong

aku bangkit dari tidur pada jam 4 petang..
ku rasa pening yang amat.. mata kiri aku membengkak..
hmmm dugaan Ilahi ku sambut dengan redha..
walau ia pedih yang amat..
basuh lantai stamped bersama adik aku yang baru sahaja pulang
dari muadzam shah.. hujan membasahi kepala aku..
aduh demam lagi.. pada malam nya ku singgah di bayu lounge sambil menunggu ayah aku.. aku ditikam lagi.. hmm terus aku menuju
ke warung kak ema.. kak ema ku anggap seperti kakak ku sendiri.
dia menyapa: amir, bakpe ni? muram je?
aku tidak berkata kata.. dia lihat wajah ku yang
suram hitam.. entah aku kenapa..
melihat diriku yang silam...
penuh dengan sesalan..
hmmm

Friday, October 16, 2009

hermmm.. dengusan panjang yang tidak membawa erti apa-apa.. hanya membawa duka dan tangisan;
ku rasa kosong akan ketiadaan Mu.. ku impikan kehidupan yang utuh; agar ku dapat senyum dengan ikhlas.. tanpa Mu ku aku hanya seorang boneka di dunia; yang jahil dan leka dibuai dosa-dosa.. penipu,pendusta,peraih dosa,jahil,kejam hanya itu yang aku lakukan terhadap diriku yang songsang... aku malu menjadi hamba Mu; bahkan menyebut kehidupan syurga Mu... ku tidak layak untuk semua itu; hanya ku mampu berdoa kepada Mu.. wahai Tuhan yang Satu dekat lah dengan diriku; agar ku tidak alpa dengan dunia sementara Mu... kerna Kamulah Tuhan yang Satu ya ALLAH ya Tuhanku...
sudah lama aku tidak menulis..
selamat KEMBALI 'keyboard' ku..